Followers

Sunday, 18 August 2013

Energizing Soy Protien

Adakah anda mengalami simptom2 berikut :
  1. Kulit wajah yang kusam?
  2. Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  3. Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  4. Rambut sering gugur?
  5. Lemah dan tidak bertenaga?
Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?

Risiko Kekurangan Protein (umumnya):
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
Jadi apa kata.. cuba ini harini.. Energizing Soy Protein (ESP)
 

  Fakta ringkas ESP:
Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya.

ESP memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

ESP mengandungi 14 gram protein soya NON GMO berkualiti tinggi

ESP Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
ESP TIDAK mengandungi kolesterol dan laktosa.

Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.

Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet

Wednesday, 14 August 2013

Shaklee Collagen Powder >> THE BEST!!!

  • Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul Shaklee sangat ringan, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 uncang]

Terbukti dapat memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu

♥ Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
♥ Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
♥ Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
♥ Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
♥ Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
♥ Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
♥ Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
♥ Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
♥ Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
 

Faedah tambahan :: 
  1. Menyokong kesihatan sesendi dan menguatkan tulang.
  2. Membantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

Tuesday, 13 August 2013

Carotomax ~~ vitamin untuk MATA dan KANSER

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. 

Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida . Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan Anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. 

CarotoMax menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
 
5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat
  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan
Credit : Shaklee
 
 
  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

Friday, 9 August 2013

Kelebihan Lecithin Shaklee

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :
  1. Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  2. Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  3. Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  4. Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada Lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah Lecithin.  
UNTUK KAUM TUA
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.
UNTUK PENGHADAMAN
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & Lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita 
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
  • Fungsi utama Lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Tapi pastikan anda mengambil Lecithin selepas heavy meal(lunch/dinner)..bukan sebelum makan lunch/dinner yer ..kerana pengambilan vitamin sebelum makan akan meningkatkan enzim metabolik... dimana anda akan cepat berasa lapar.... ..:-)

Monday, 5 August 2013

B Complex untuk Migrain




migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering diutarakan.....
"Saya selalu migrain la.. shaklee boleh bantu tak" .kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan?badan je lah yang tahu yer..Bee tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaian..

Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 
  • Sakit kepala kerana tekanan 
  • Sakit kepala kerana sinus 
  • Sakit kepala kerana migrain 
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain: 
  • Kekurangan zat dan nutrisi 
  • Faktor keturunan 
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan 
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid 
  • Terlalu banyak mengambil kafein 
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat 
Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.

Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
  • Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
  • B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya
Yours Shaklee Independent Distributor area Kuala Terengganu, Marang dan Kuala Berang 
0199897010
0173740100 wassap/line/kakaotalk sahaja
cksabihah@gmail.com
chekubee@gmail.com

Soal Jawab berkenaan AJHT


Pilihan ramai......Advanced Joint Health Tablet...
Q : Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Q: Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Q: Apakah ekstrak jagung?
A : Ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Q: Apakah Boswellia ?
A: Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Q: Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
A: Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkaitrapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding dengan AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya dapat menyokong keselesaaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih tinggi.

Q: Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua product yang dapat menyokong kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Q : Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
A : Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.

Q: Mengapakah ia bebas daripada chondroitin?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik jika diambil secara oral ( ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat chondroitin juga boleh mengganggu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan lebih baik jika diambil secara berasingan.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi Vitamin C?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Q: Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, copper (kuprum/ tembaga) dan mangan?
A : Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral zurih zink, copper dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Q: Adalah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
A : Ya.

Sumber info di petik daripada booklet Shaklee Advanced Joint Health Tablet

Saturday, 3 August 2013

Alfalfa Complex Shaklee




Alfalfa bermaksud “bapa kepada segala makanan” dalam bahasa arab mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi herba purba di India,China, dan Sepanyol. Para penyembuh purba telah mempelajari melalui pemerhatian selama beberapa abad yang lalu dan sains hari ini telah mengesahkan bahawa alfalfa merupakan gudang zat.Akar tunjangnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter untuk mencari pelbagai zat dan mineral daripada mendapan didalam tanah sementara daunnya mengumpul klorofil melalui proses sintesis semulajadi..
Tahukah anda akar alfalfa menembusi sehingga 20 kaki ke dalam tanah bagi memperoleh kekayaan hasil nutrient dan mineral bumi
Berikut merupakan rahsia dan keistimewaan Alfalfa yang bukan sahaja sebagai milk booster bagi ibu2 yang sedang menyusukan anak…tetapi juga:
1. Terkenal untuk merawat 3A : Arthritis • Asthma • Allergy
2. Berkhasiat untuk membantu masalah : • Colon disorder (penyakit usus) • Kencing manis • Ulcer • Melawaskan usus • Fluid retention (sembab) • Kurang selera • Buah pinggang
3. Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah : • Penghazaman • Flatulence • Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa • Pencernaan
4. Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah • Gastric • Eczema (penyakit kulit) • Anemia • Sembelit • Kurang bau badan,nafas, dan foot odor
Dan apa specialnya Alfalfa jenama Shaklee ini?

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam 1950-an. Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California yang kaya dengan pelbagai jenis zat termasuk kalsium fosforus ,zat besi dan magnesium serta klorofil,bioflavonoid,pelbagai mineral dan vitamin.Tidak mengandungi fungisid,bakteriosid, hormon2 sintetik,pengawalatur tumbesaran atau bahan2 kimia.

*tetapi,,sesiapa yang disahkan SLE (systemic lupus erythematosus)tidak digalakkan mengambil supplemen alfalfa unless with preskripsi doktor

Friday, 2 August 2013

Kebaikan dan Kepentingan B Complex


Perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal...betul kan?...9 Nafsu ini bercabang dan pelbagai. Nafsu perempuan sukakan yang cantik, indah..... Jadi tak dinafikan setiap insan yang bergelar wanita pasti ingin kelihatan cantik,sihat bergaya....betul tak?.....
Dan hakikat yang ramai tidak tahu bahawa wanita sangat memerlukan vitamin B dalam kehidupan harian, lebih2 lagi B Complex..tidak kiralah sama ada wanita itu berkerjaya ataupun surirumah sepenuh masa...
 
Mengapa B Complex penting dalam menjadikan seorang wanita itu kelihatan cantik? Pasti ada yang tertanya2...jom baca fakta2 ni 
Antaranya :-
  1. Ia membantu bagi isteri, ibu atau wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila seorang ibu itu kerap bangun malam untuk menguruskan anak serta menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan good sleep or quality sleep. Apabila ini berlaku, sel2 tidak dapat berkembang dengan sihat. Inilah anatara punca mengapa ramai ibu2 yang baru beranak 1 atau 2 sudah kelihatan lebih berusia dari umurnya.
  2. Vitamin B Complex membantu sebagai penenang.Ada ibu2 yang adakala berada dalam keadaan stress yang boleh disebabkan banyak faktor, antaranya disebabkan urusan kerja, rumahtangga dan sebagainya. Maka di sini vitamin B Complex memainkan peranan yang sangat penting.Apabila seseorang ibu itu tenang, maka flow susunya juga akan lebih lancar malah lebih banyak lagi dari keadaan gelisah, atau gundah gulana.
  3. Vitamin B Complex adalah "spark plug " dalam badan kita. Vitamin B Complex sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Tidak dinafikan ada sesetengah orang akan merasa cepat lapar akibat makan B Complex namun ianya tidak akan membuatkan seseorang itu gemuk, seperti yang selalu dikatakan oleh orang tentang B Complex
Sebenarnya banyak lagi mengapa wanita sangat memerlukan B Complex dan antara tanda kekurangan B Complex pada seorang itu ialah cepat marah, murung, cepat letih, moody, kulit nampak kusam, tension...
Kepentingan B Complex:
Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin B atau lebih khusus ialah B Complex.
  1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti – malah setiap hari.
  2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.
  3. Gula menghapuskan B Complex. Lima kali ganda B Complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.
  4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B Complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.
  5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B Complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin B sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.
  6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B Complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan B Complex dengan mudah.
  7. Sesetengah sumber B Complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.

dan inilah rahsia sebenar yang membuatkan ibu2 menyusu di luar sana berseri2 apabila mula mengamalkan Breastfeeding Set..kenapa?..kerana ada B Complex dalam set tu tau 

Thursday, 1 August 2013

Sabihah; Shaklee Independent Distributor Terengganu

Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Saya SABIHAH, Shaklee independent distributor ID no. 912422…COD area Kuala Terengganu, Kuala Berang dan Marang, Terengganu..
Sekiranya diluar kawasan COD, saya akan pos melalui Poslaju/Gdex/Nationwide
Jika anda mementingkan kesihatan dan kecantikan dalam masa yang sama, sudah tentu anda memilih SHAKLEE
Contact saya jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang

KESIHATAN OPTIMUM
Set A Kesihatan Optimum
PENYUSUAN SUSU IBU
set bf
KESUBURAN
SET KESUBURAN SHAKLEE
HAMIL/BERPANTANG 
set kehamilan, kesuburan & berpantang
DIET SIHAT TANPA BERLAPAR
konsep-utk-kurus-500x427
MASALAH KESIHATAN YANG LAIN
Sekiranya anda membeli, anda akan dapat consultation percuma dari saya
  • Yours Shaklee Independent Distributor area Kuala Terengganu dan Marang
  • 0199897010 call/sms/wassap
  • 0173740100 wassap sahaja
  • chekubee@gmail.com