Followers

Sunday, 17 May 2015

Fenomena Bola

Semua orang tau pasal perlawanan bola antara Terengganu dan Lions semalam... insiden kebakaran di stadium lagi..belum lagi cerita yang kena pukul yang kena hentam...alahai kerana bola nan satu, abis orang jadi mangsa

Meh bee share sket perjalanan bee semalam...start pada mulanya bee beli tiket online...punya lah payah nak boleh order..hampir2 dah nak putus asa tau..tapi nak jadi rezeki, Allah bagi ilham order guna internet explorer..sblm tuguna mozilla pastu chrome..guna ie baru dapat...alhamdulillah rezeki

Plan elok2, pkul 530 petang nampak gelap je cuaca..macam nak hujan gitu...terus rasa malas nak pergi stadium sebab malas nak bersesak2 dalam hujan2 ni...tapi sekejap je, dalam pkul 6 petang tu, dah nampak cerah terang benderang langit..terus bersiap elok2 nak g rmah mentua..sbb nak simpan kereta pastu pinjam motor ayah..muahahaha

Smpai rumah mak dalam pkul 7 petang jugak sebab jem teruk atas jambatan..semua pun bergerak nak pergi stadium.. terus terdetik dalam hati "hebat...menang malam ni!!"

Lepas maghrib, kami bertiga pun gerak pergi stadium yang jaraknya dalam 10minit je naik motor dari rmh mak..hihihi..sampai je WOW!! Ramai giler lah.. bukan yang muda2 je tau, yang pangkat mak2 pun ramai...terus rasa seronok dalam hati...best jugak sesekali beriadah gini..hihi

Perjalanan masuk ke stadium tu, hati bee rasa sejuk sbb nampak ramai anak2 muda yang solat..malah ada yang melaksanakan kewajipan 3 rakaat tu di kaki lima stadium...alhamdulillah...

Sepanjang permainan berjalan, macam2 aksi yang dapat dilihat..memang ada yang emosi tapi golongan emosi ni hanyalah segelintir sahaja..ramai yang datang bawak keluarga...gelak tawa eryna penyeri kami semalam...semua benda disoalnya..paling kelakar soalannya "mane terengganu nya umi?" Rupanya soalan dia mana pemain terengganu...setiap kali bergaduh atas padang soalannya "sape buat umi?" "Terengganu ke lion?" "Terengganu menang ke umi?" Hihihi..macam2 soalannya!!

5minit sebelum separuh masa kedua berakhir, kami dah keluar..sebab taknak makan _jem_ nanti..hikhikhik

Alhamdulillah jam 11 malam smpai rumah..

Sedih bila baca berita hari ini...apalah salah ambulan tu agaknya ye..smpai terbakar dibuatnya...cubalah kawal emosi tu..tapi tak semua yang perangai camtu..segelintir sahaja..smoga yang mendatangkan masalah itu diberi cahaya keimanan...kembali ke pangkal jalan..hihihi

Sekian sahaja cerita bola bee..nanti kita cerita lagi...




No comments:

Post a Comment